Welcome! :)

Assalamualaikum.

Selamat datang saya ucapkan kepada yang sudi singgah di blog ini. Anda akan nikmati pelbagai promosi hebat setiap bulan. Antara produk yang ditawarkan adalah produk kesihatan Catalyst, baju kurung moden, Naturactor original dari Jepun, dan pelbagai design bag yang menarik. Untuk maklumat lanjut boleh pm saya di FB dan singgah CSA Butik for Men & Women.

Nikmati promosi hebat bulan ini!

  • Free postage untuk pembelian combo produk Catalyst. Nikmati lebih penjimatan! Harga yang ditawarkan memang berbaloi-baloi!
  • Nikmati potongan 10% bagi setiap pembelian baju kurung moden. Free postage apabila anda share page CSA Butik for Men & Women.

Wednesday, March 30, 2011

Teguran Berhemah?? Terjahhh!

Assalamualaikum.

ye...beberapa hari yang lepas, iaitu pada hari ahad kot...saya ada lah sound sorang kawan saya nih....tetiba kuar kat home album baru dia....so bila belek-belek, hmmmm tengok gaya pakaian dia sangat tidak bersesuaian. saya sebagai perempuan yang bertudung memang tidak setuju dengan gaya pakaiannya. sebab apa? sebab ianya memalukan. jadinya, saya mengambil keputusan lah nak menegur kat gambar dia tu. tahu apa tindakan? terus di removenya saya dan kebanyakan kawan-kawan sekelas.

saya rasa, dia tahu gaya pakaian dia tu tak sesuai bagi orang yang bertudung. anda nak harapkan orang menegur anda dengan cara yang berkhemah mana lagi? saya tidak memaki, cuma saya katakan padanya, kalau pakai macam ni better dia tidak bertudung. bukan apa, kalau dia bertudung dan menayangkan betisnya dan mengambil gambar dengan aksi yang menayangkan betis segala, dia juga yang memalukan diri sendiri. ye tidak? mungkin tiada orang lain menegur, mungkin mereka malas nak ambil tahu. tapi kenapa saya nak ambik tahu sangat ni? sebabnya, saya tak nak imej dia mencemarkan imej perempuan yang bertudung lain. saya tahu, gaya pakaian saya sendiri pun bukanlah sopan sangat. tapi saya tutup apa yang ada walaupun kadangkala baju yang dipakai fit...tapi kalau dah pakai skirt senteng hingga menampakkan suku betis, macam mana tu? pada saya, kalau dia nak berpakaian begitu, boleh saja kalau dia tidak bertudung. umpama tudung di kepala itu sekadar perhiasan saja.

okey saya akui, mungkin cara saya menegur tu kasar? kurang ajar? tapi niat saya baik, menegur dari dia terus memalukan diri sendiri. menegur dari dia terus dikata orang. tapi penerimaan orang lain-lain bukan? mana ada orang suka kalau ditegur...sudah tentu ingin ditegakkan benang yang basah.

bila ditegur boleh timbulkan isu pulak yang gaya menegur tidak sesuailah, tidak berkhemah lah. tapi bagaiman pula dengan individu yang berpakaian tidak sesuai tu? betul sangatkah tindakannya itu?

fikir-fikirkanlah....mungkin gaya pakaian kita sekarang, masih tidak menepati syariat yang sebetul-betulnya, tapi saya merasakan kalau anda nak berfesyen tu boleh. tapi biarlah berpada-pada. kalau awak nak kata awak malu sebab saya tegur, rasanya awak tak fikir kemaluan awak bila gambar itu ditonton lebih ramai lagi, dikutuk dan dicerca. sekurang-kurangnya saya menegur. tapi tindakan saya disalah faham dan terus komen diremove.


nah.....awak malu pada diri sendiri sebenarnya kan? ada individu yang mengatakan lebih baik berdiam diri dari menegur? owh mungkin itu prinsip mereka, saya tidak. mungkin saya menyebok? suka jaga tepi kain orang? takpelah...label lah apa saja...yang penting saya sudah menjalankan tanggungjawab saya.

ps: walaupun diri ini tidaklah sealim mana, tapi tahu batasannya dalam berpakaian. berkhemah pada individu yang memang tahu caranya salah? kalau dalam sedar pun dia buat macam tu, maknanya dia sengaja.

9 comments:

Unknown said...

tak semua boleh terima teguran..biorpon berhemah..ehhe

Cik Sara Aspalela said...

hmmm betul tu...kalau tegur tu kita plak yg dikatanya...mcm2 hal kalau nk tegkkan beng bsah nih

Anonymous said...

same lah dgn kawan saye, pkai tudung tp pkai legging, pelik betul

Cik Sara Aspalela said...

tapi kalau dtgur kng katenye xnk jdi hipokrit...itu adlh diri dia....so biarknlah...aslkn kita dh jlnkn tnggungjwb mnegur..ye x

Dda Ly said...

susah bercakap dgn orang yang tak boleh terima teguran..sebab bile kite menegur, niat ktie baik..:)

meh ke rumah..
~to all drivers in Malaysia..~
keep in touch ye..♥♥♥

Maira Quee said...

2 la kerenah manusia mcm2..

Oppa Kudin Nz said...

kwn mestilah saling menasihati kn..

Anonymous said...

tegur di ruang comment? kenapa bukan kat message je. mesti dia boleh terima. kalau di ruang comment org lain bole baca. sesetengan org ni mmg malu benda2 yg betul ni. huhu~

Cik Sara Aspalela said...

to nida: sy tegur di situ sbab dye tgh on9...sy tw de xkn balas dats y sy komen di situ...taw jugk lh reaksi de cne....trus dremove kitorg skelas...kalau nk remove sy je xksh...kwn skels sy, kwn skels dia jua