Welcome! :)

Assalamualaikum.

Selamat datang saya ucapkan kepada yang sudi singgah di blog ini. Anda akan nikmati pelbagai promosi hebat setiap bulan. Antara produk yang ditawarkan adalah produk kesihatan Catalyst, baju kurung moden, Naturactor original dari Jepun, dan pelbagai design bag yang menarik. Untuk maklumat lanjut boleh pm saya di FB dan singgah CSA Butik for Men & Women.

Nikmati promosi hebat bulan ini!

  • Free postage untuk pembelian combo produk Catalyst. Nikmati lebih penjimatan! Harga yang ditawarkan memang berbaloi-baloi!
  • Nikmati potongan 10% bagi setiap pembelian baju kurung moden. Free postage apabila anda share page CSA Butik for Men & Women.

Saturday, May 14, 2011

Kisah Guru Pelatih

Assalamualaikum.

hmmmm.....dah seminggu aku tak on9..huh! kenapa? sebab sekarang ni aku praktikum di kulai and duduk di rumah sewa tapi takleh pasang router wifi aku tu ha...takde line tepon daaa....so kalau malam dok ngangan je lah. takde watpe. tepat 12 malam comfirm nak tidur sebab penat sangat beb!

Apa cerita minggu ni? owh hari isnin 9 Mei tu, aku dah mula praktikum sebagai guru pelatih....hmmm apa perasaan? macam-macam jadi...aihhhh

hari pertama masuk sekolah, guru yang buat jadual waktu nak bagi waktu mengajar sampai 25 waktu untuk kami guru pelatih ni, maksudnya sama seperti guru-guru biase...adoiii aku ni bukan dah dapat gaji kak oiiii.....aiii akak ni nakal lah! padahal waktu mengajar yang sepatutnya untuk kami guru pelatih ni adalah 10-12 waktu sahaja. then cikgu tu nak bagi 18 waktu pulak...fuhhhhh sakit hati jugak lah. kenapa? sebab dia persoalkan kenapa waktu mengajar kami ni sikit sangat. nanti waktu selain dari waktu mengajar tu nak buat apa? dan berapa jam waktu bekerja kami. kak ooooo kak, kami ni hanya guru pelatih. kami belum lagi bekerja kak. tu pun akak tak faham. tak puas hati dengan kami sampai nak sindir-sindir? amboi!

mungkin dia tak faham kot...sebab dia ni bukan opsyen pendidikan pun asal-asalnya. sebab aku tanya cikgu yang grad dari uni pun dorang terkejut kalau aku dapat sampai 25 waktu! oih melampau! sampaikan ada cikgu-cikgu yang ingat kami budak praktikum ni dapat elaun...ehhh tidakkk...kami ni bergantung dengan duit ptptn je taw...yang dapat elaun tiap bulan budak maktab...kami ni tidak!

nasib lah lecturer back up...hai nasib-nasib.

kemudian, pada 20 Jun, Kembara Mahkota Johor akan singgah ke sekolah tu. makanya memanglah sangat-sangat busy! maklumlah sekolah kluster kan....

owh sekarang ni aku berada kat rumah mak andak di JB.....sepupuku, si Fatin ni bakal bertunang esok....eh lagi 10 jam 1/2 aje tinggal before secara rasminya Fatin menjadi tunangan orang. Amin....moga majlis berjalan lancar esok.

ps: aku bila pulak? KAHKAHKAH

Friday, May 6, 2011

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011


klik pada banner kalau nak join k

yezzzzaaa....abg ben kembali dengan segmennye...kalau dulu sampai muntah-muntah and pening kte terjah 1000 blog...kali ni tak muntah2 lagi kot...dah imun pun...kehkehkeh....takmo cakap banyak...korang kalau nak join klik je banner tu....tata

Thursday, May 5, 2011

Apa Istimewanya Jadi Cikgu?

Assalamualaikum....

Buta atau pekak? kedengaran kasar bukan. selalunya kalau time kuliah lecturer kata perkataan tu kasar and offensive...that's why lah adanye term bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. tapi macam panjang plak kan. aku sebenarnya bakal berpraktikum di SMPK Vokasional Indahpura di Kulai, Johor...starting next week lah...perasaan? hmmm tak taw lah lagi kan. aku amik course pendidikan khas and pengkhususan dalam masalah pembelajaran dan masalah pendengaran. apa cerita dengan tempat praktikum? setakat ni aku macam suka sekolah tu sebabnya sekolah tu memang sekolah berasrama penuh untuk murid-murid pendidikan khas se-Malaysia. ada murid bermasalah pembelajaran macam yang slow learner tu, autisme then ada yang bermasalah pendengaran dan penglihatan. aku anggap ni sebagai satu kelebihan lah. melalui ini, aku akan dapat macam-macam pengalaman bergaul dengan ketiga-tiga kategori murid nih.

tapi ada satu hal yang merisaukan aku...kod tangan! omg...memang aku dah lupa. sebabnya kod tangan aku belajar time sem 2 dulu. tapi sekarang nih dah sem 6 beb...of course lah lupa. apa-apa ilmu pun kalau tak diamalkan memang lah lupa kan! ye aku insaf...

apa perasaan jadi cikgu pendidikan khas ni? macam mana pulak aku leh terjebak and terfikir nak amik course nih? aku amik course nih pun sebab mak yang suruh. aku tak nak jadi cikgu beb. aku sendiri pun tak betul...tak terpikir plak nak jadi cikgu. but mak aku paksa so aku ikutkan je lah. membentak jugak aku mula-mula tuh...cam alah jadi cikgu?

tapi pandangan aku berubah bila dah mula class. aku mula faham apa itu pendidikan khas. aku dah mula suka. hehehe....tapi kadang-kadang terguris jugak hati aku nih...lagi-lagi time masa mula-mula dapat offer tu. bila aku cakap aku dapat pendidikan khas je kawan-kawan aku boleh bantai gelak...ahhh tu satu hal...tapi aku wat muka steady je...dalam HATI PARAH BEB. then ada yang kata elok lah aku ngajar dak pendidikan khas tu....padan cikgu and muridnya. ok lah tu boleh terima lagi.

tapi yang tak best bila aku terjumpa kawan lama nih. beramah mesra la kitorang. then dia tanya aku amik course apa...so aku cakap lah pendidikan khas....then dye cakap 'owh budak ni ehhh...' sambil jari telunjuk dye wat sign orang gila. well at that time i was like pffffttttt!#!*....tapi aku senyum je...kenapa? hina sangat ke jadi cikgu pendidikan khas?

ramai orang kata jadi cikgu pendidikan khas ni mudah, senang, rehat manjang jew. ok tu aku tak taw nak bagi pandangan apa. mungkin sesetengahnya begitu. alah sama je macam cikgu lain kan. tapi jadi cikgu pk ni kena banyak bersabar sebabnya diorang ni macam-macam perangai. umur je dah 17,18 tahun tapi tahap pemikiran mereka ni cam budak-budak. lagi satu kita kena sabar kalau kena ajar benda yang sama berulang kali. kenapa? sebabnya mereka ni mudah lupa. dan macam-macam lagi perangai yang tak terduga boleh berlaku kan. 

tapi aku bersyukur kerana jadi cikgu pendidikan khas. kenapa? sebab prinsip aku, kita boleh tahan sabar kat budak-budak macam ni sebab kita tahu diorang ni camne dibandingkan dengan budak-budak yang boleh berfikir normal tapi perangai macam budak pendidikan khas. dok lawan cakap cikgu. tumbuk cikgu. pekena cikgu. owh itu cabaran sebagai seorang guru. yang orang dok kata, dok canang jadi cikgu ni mudah dan senang. banyak cuti kan.

tapi hakikatnya cikgu ni banyak kerja overtime. macam-macam cikgu kena uruskan. pelbagai ragam dan kerenah ibu bapa. banyak pihak kita kena puaskan. kalau masalah remaja je orang kata cikgu kat sekolah tak buat kerja. tak ngajar budak-budak tu jadi budak baik. untuk ini semua pun ada tanggungjawabnya kan?

di akhir kata.....tak semua kerja kat dunia ni mudah dan senang. bukan mudah nak senang. segala macam kerja pun ada cabaran, kesusahan dan rintangannya. jangan ingat kita lagi bagus dari orang lain. kadang-kadang hati nurani budak pendidikan khas lagi murni dari hati kita sendiri.

Do You Rather Live without music or live without T.V.?

Hello there....Assalamualaikum!

yes...it's been two weeks since i got home.....home sweet home.....exam pun habis cepat.heheh...so sejak itu, memang tersangatlah malas kan nak update blog nih. yelahhh blog ni pun bukan ada orang baca. just tuk tatapan diri sendiri aje. macam diari gitu. nanti dah jadi nenek boleh la kenang-kenang balik ape lah benda berfaedah yang nenek pernah buat ehhh....heheheh

ha korang boleh hidup tanpa muzik? boleh hidup tanpa tv? eh boleh je kan. siapa kata tak boleh? tv dan muzik itu satu kehendak sahaja, bukan keperluan taw. tapi kan....kalau diberi pilihan...antara tv dan muzik mana yang korang memang desperate tak leh tinggal? ha lebih kurang camtu lah maksud soklan nih. bukanlah bila tak tengok tv or dengar muzik je teros mati. ohhh tidak sama sekali.

cakap pasal tv. sekarang ni dah tak banyak cerite best kan...ke aku yang tak tengok tv nih? dulu memang addict tengok tv taw. setakat tido kol 5 pagi tu perkara biasa. aku mula tengok tv secara giatnya sejak darjah 3. ha time tu selalunya tido dalam kol 2-3 pagi. mula-mula mak marah jugak, suo tido kan. tapi lama-lama mak dah tak larat nak marah dah. sebab apa? sebabnya bila mak masuk bilik je, apa lagi aku pun keluar and on tv senyap-senyap....kehkehkeh..betapa liciknya aku ni kan.

time tu macam-macam cerita aku layan. tak kisahlah genre apa pun....aku layaaaannnn....so ada keburukan ke? owh tidak..in fact banyak kelebihannya. disebabkan sikap aku yang layan apa jenis cerita pun even documentary, aku banyak pengetahuan am. '3 stooges' pun aku layan taw...hehe...tapi aku ni kureng sket nak layan cite melayu. kenapa eh? sampai nenek aku pun mention pasal benda nih...isy3....

TETAPI! sekarang aku dah xkuat tengok tv sangat dah. duduk rumah hampir 2 minggu ni kan, agaknya boleh dikira berapa kali jari jemari aku ni on tv. takde mud ah. takde cite best. aku layan movie kat lappy aku je. aku layan 'Running Man' and aku tengok 'We Got Married', tapi pasangan Khuntoria jew ah! owhhhh...kekorea-an betul aku nih kan. so kalau takde tv pun takpe kan.

macam mana pulak dengan muzik? lagu paling banyak kat lappy aku adalah laku-lagu k-pop....heheh...cliche kan. aku mula layan k-pop sejak ada kbs kt astro tu ha. before that aku malas nak surf the net cari lagu-lagu baru kan. time ada kbs tu rasenye time aku upper 6 kot. tahun 2007. hehe....wah3 hampir 5 tahun aku bergelumang dengan lagu k-pop. and i can say that i could't live without them! kenapa? sebabnya aku memang on lagu 24/7...kalau bosan and tensi wat assignment, aku melalak ah sorang2...karaoke segala mende lagu korea. seriously aku tak dengar lagu melayu. same lah macam aku tak layan drama atau cerita melayu. lagu malay pun ada bape eh..jap cek...owh tengok2 aku dah buang folder lagu melayu pun. owh maafkan daku! emmmm setiap orang ada minat masing-masing kan. ada tu benci gilerrr lagu korea...yeah semua pun ada pandangan dan kehendak masing-masing. siapalah kita untuk judge orang tu kan....cehhh

jadinya kata putus telah dicapai...muzik pilihan hatiku!

Monday, May 2, 2011

Pengumuman Pemenang Sara & Pari: Our 1st Giveaway!

Assalamualaikum semua.....


sorry la lambat sket update pemenang...sebabnya pc kat rumah saya ni berat...so memang slow gilerrr kalau nak surf internet....give up ah...dah kt rumah memang tak on9...cesss...akan ku buang segala enda tak berguna kat pc itu! ni pun on9 kat lappy ngan bahagianya sebab pari dah anta router wifi...heheheh...suke!suke!

baiklah...xmo cakap banyak...jom kita tengok keputusannya..

Bagi 2 orang yang menang topup RM5 setiap satu:

Peserta ke 18:

http://cokladd.blogspot.com/2011/04/sara-pari-our-1st-giveaway.html

Peserta ke 123:

http://emmileen.blogspot.com/2011/04/sara-pari-our-1st-giveaway.html


Baiklah tiba masa untuk mengumumkan pemenang hadiah utama!! jeng jeng jeng.....huuuu~~

Peserta ke 90:



Tahniah diucapkan kepada para pemenang.....dan tahniah sekali lagi kerana anda mematuhi syarat. terima kasih juga pada yang sudi join. terima kasih banyak-banyak.

ps: kepada para pemenang sila inbox saya kat facebook boleh?