Welcome! :)

Assalamualaikum.

Selamat datang saya ucapkan kepada yang sudi singgah di blog ini. Anda akan nikmati pelbagai promosi hebat setiap bulan. Antara produk yang ditawarkan adalah produk kesihatan Catalyst, baju kurung moden, Naturactor original dari Jepun, dan pelbagai design bag yang menarik. Untuk maklumat lanjut boleh pm saya di FB dan singgah CSA Butik for Men & Women.

Nikmati promosi hebat bulan ini!

  • Free postage untuk pembelian combo produk Catalyst. Nikmati lebih penjimatan! Harga yang ditawarkan memang berbaloi-baloi!
  • Nikmati potongan 10% bagi setiap pembelian baju kurung moden. Free postage apabila anda share page CSA Butik for Men & Women.

Thursday, May 5, 2011

Apa Istimewanya Jadi Cikgu?

Assalamualaikum....

Buta atau pekak? kedengaran kasar bukan. selalunya kalau time kuliah lecturer kata perkataan tu kasar and offensive...that's why lah adanye term bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. tapi macam panjang plak kan. aku sebenarnya bakal berpraktikum di SMPK Vokasional Indahpura di Kulai, Johor...starting next week lah...perasaan? hmmm tak taw lah lagi kan. aku amik course pendidikan khas and pengkhususan dalam masalah pembelajaran dan masalah pendengaran. apa cerita dengan tempat praktikum? setakat ni aku macam suka sekolah tu sebabnya sekolah tu memang sekolah berasrama penuh untuk murid-murid pendidikan khas se-Malaysia. ada murid bermasalah pembelajaran macam yang slow learner tu, autisme then ada yang bermasalah pendengaran dan penglihatan. aku anggap ni sebagai satu kelebihan lah. melalui ini, aku akan dapat macam-macam pengalaman bergaul dengan ketiga-tiga kategori murid nih.

tapi ada satu hal yang merisaukan aku...kod tangan! omg...memang aku dah lupa. sebabnya kod tangan aku belajar time sem 2 dulu. tapi sekarang nih dah sem 6 beb...of course lah lupa. apa-apa ilmu pun kalau tak diamalkan memang lah lupa kan! ye aku insaf...

apa perasaan jadi cikgu pendidikan khas ni? macam mana pulak aku leh terjebak and terfikir nak amik course nih? aku amik course nih pun sebab mak yang suruh. aku tak nak jadi cikgu beb. aku sendiri pun tak betul...tak terpikir plak nak jadi cikgu. but mak aku paksa so aku ikutkan je lah. membentak jugak aku mula-mula tuh...cam alah jadi cikgu?

tapi pandangan aku berubah bila dah mula class. aku mula faham apa itu pendidikan khas. aku dah mula suka. hehehe....tapi kadang-kadang terguris jugak hati aku nih...lagi-lagi time masa mula-mula dapat offer tu. bila aku cakap aku dapat pendidikan khas je kawan-kawan aku boleh bantai gelak...ahhh tu satu hal...tapi aku wat muka steady je...dalam HATI PARAH BEB. then ada yang kata elok lah aku ngajar dak pendidikan khas tu....padan cikgu and muridnya. ok lah tu boleh terima lagi.

tapi yang tak best bila aku terjumpa kawan lama nih. beramah mesra la kitorang. then dia tanya aku amik course apa...so aku cakap lah pendidikan khas....then dye cakap 'owh budak ni ehhh...' sambil jari telunjuk dye wat sign orang gila. well at that time i was like pffffttttt!#!*....tapi aku senyum je...kenapa? hina sangat ke jadi cikgu pendidikan khas?

ramai orang kata jadi cikgu pendidikan khas ni mudah, senang, rehat manjang jew. ok tu aku tak taw nak bagi pandangan apa. mungkin sesetengahnya begitu. alah sama je macam cikgu lain kan. tapi jadi cikgu pk ni kena banyak bersabar sebabnya diorang ni macam-macam perangai. umur je dah 17,18 tahun tapi tahap pemikiran mereka ni cam budak-budak. lagi satu kita kena sabar kalau kena ajar benda yang sama berulang kali. kenapa? sebabnya mereka ni mudah lupa. dan macam-macam lagi perangai yang tak terduga boleh berlaku kan. 

tapi aku bersyukur kerana jadi cikgu pendidikan khas. kenapa? sebab prinsip aku, kita boleh tahan sabar kat budak-budak macam ni sebab kita tahu diorang ni camne dibandingkan dengan budak-budak yang boleh berfikir normal tapi perangai macam budak pendidikan khas. dok lawan cakap cikgu. tumbuk cikgu. pekena cikgu. owh itu cabaran sebagai seorang guru. yang orang dok kata, dok canang jadi cikgu ni mudah dan senang. banyak cuti kan.

tapi hakikatnya cikgu ni banyak kerja overtime. macam-macam cikgu kena uruskan. pelbagai ragam dan kerenah ibu bapa. banyak pihak kita kena puaskan. kalau masalah remaja je orang kata cikgu kat sekolah tak buat kerja. tak ngajar budak-budak tu jadi budak baik. untuk ini semua pun ada tanggungjawabnya kan?

di akhir kata.....tak semua kerja kat dunia ni mudah dan senang. bukan mudah nak senang. segala macam kerja pun ada cabaran, kesusahan dan rintangannya. jangan ingat kita lagi bagus dari orang lain. kadang-kadang hati nurani budak pendidikan khas lagi murni dari hati kita sendiri.

3 comments:

JIJI YU said...

ko ambik pendidikan khas eh..aku tabik ko..

Cik Sara Aspalela said...

hohoh....ko bg tabik biase ke tabik springggg???kehkhe

msredcheesecake said...

cik sara,
kod tangan tu sign langguage yg kita guna tuk communicate dengan insan yg takleh cakap tu ye?

msred rasa nak jugak belajar...kafe kat offis pekerjanye golongan istimewa ni.nak communicate ngan diorg.