Welcome! :)

Assalamualaikum.

Selamat datang saya ucapkan kepada yang sudi singgah di blog ini. Anda akan nikmati pelbagai promosi hebat setiap bulan. Antara produk yang ditawarkan adalah produk kesihatan Catalyst, baju kurung moden, Naturactor original dari Jepun, dan pelbagai design bag yang menarik. Untuk maklumat lanjut boleh pm saya di FB dan singgah CSA Butik for Men & Women.

Nikmati promosi hebat bulan ini!

  • Free postage untuk pembelian combo produk Catalyst. Nikmati lebih penjimatan! Harga yang ditawarkan memang berbaloi-baloi!
  • Nikmati potongan 10% bagi setiap pembelian baju kurung moden. Free postage apabila anda share page CSA Butik for Men & Women.

Thursday, March 31, 2011

Orang Rumah~~~~MaRitZa PereZZZZ

hhihihihii.....Assalamualaikum...ehhehe

maksud orang rumah tu bukan bini ke hape...wuahaahahhaha....ni ha housemate saya pun dah ada belog...hehehe...

so saya nak bagi sokongan kat dia lah...walaupun dia malu-malu lagi...hihih...jangan marah eh Pari

saya saje je nak meraikan kawan yang ada blog nih....jadinye adalah kawan kan...hehe...gediknyaaaaa saya!!


ni saya ngan pari....huahua...

kitorang dah kenal dari darjah 4 lagi taw! dah banyak onak duri dan lautan api yang telah kami harungi...ececehhhh....sampaikan masuk uni pun, uni yang sama...course pun sama! aikkk??? suratan atau kebetulan nih??? heheh...yang poyonya sekarang pun tinggal serumah....tapi saya orang luar (tidur kat ruang tamu) , Pari orang dalam (tido dalam bilik)...hehehe...jadi kami ni MUSUH! hahaha....

to Pari tahniah sebab dah jadi blogger sekarang....jom kita maju ke hadapan! kenapa? kalau takde blog takleh maju ke???hahahaha


ps: niat saya tampal gambar ni bukan ape....ni kegemaran saya ngan Pari...apa dia??? makan!makan!makan! aiiii tengok badan r bebbb

pms: pasni sape plak nak wat blog??? datin ke??? kehkehkeh

Macaroon or Macaron???Craving oh

Assalamualaikum.

ye nafsu gergasi saya sudah kembali...gagagagaga


huahua...tadi pas lunch saya blogwalking lah kan. then saya terjumpa 1 blog nih dia jual macaron! oh gosh nampak sangat sedap hokehhhh

mymacs1 e1296177638986 My Homemade Macaron in Pastel Colours

klik pada gambar kalau nak jenguk blog Cik Min

so bila nafsu gergasi dah membuak-buak, memang biasenya saya craving macam-macam. sampai orang komplen status saya kat fb asik cakap sal makanan jew...hahaha...tu kena faham-faham lah kan...tengok badan pun dah taw kuat makan...ihikzzz...

so bila tengok macaron ni nampak cam sedap jew....sume orang yang pernah makan pun kate sedap! walawei saja bikin jelezzzz nih....

then takde keje, dengan mood lapar benda manis, google lah sal macaron nih....then tengok ada blog yang eja macaroon ada yang eja macaron. so i got confused cause ada yang cakap it is 2 different thing between macaron and macaroons...so nak puas hati aku google la balik...

kalau macaron dia macam nih


waaaaaa nak jugak! nampak sedap kan!

ha yang ini baru macaroons


yang nih coconut macaroons....so saya tak heran sangat....tak suka kelapa...tapi macaron tu memang teringin sangat lah oiii....dah la kalerful....perisa cambest! sangat mengidam walaupun tak mengandung sekarang ni okehhh....

owh nak order kat Cik Min, but then tengok kat wall fb dia kata order closed for the moment....adoiiii...baru nak kongsi ngan pari beli nih taw!

ps: menunggu dengan penuh sabar bila plak boleh oder!

Janji Kena Tepati!

Assalamualaikum! selamat malam kawan-kawan

seperti yang dijanjikan...pagi tadi saya ada cakap nak review pengikut saya yang ke 101 kan...dia mai dahhhh...
hehehe...ni sebagai salah satu penghargaan saya pada yang sudi blog saya yang tak seberapa nih...kekadang rajin, update lah, kalau tiba saat malas tu, emmm toksah cakap lah.


heheh...macam jakun je kan followers bru 101..heheh...diharapkan terus meningkat lah...boleh kita berkenalan walaupun tak dapat bersua muka.

Follower ke 101 ni nama dia Cempaka Biru. unik kan nama. then dia ni blogger baru. saya tengok dia rajin menulis. untuk bulan mac sahaja dah ada 35 entry....terer kan...gigih betul cempaka biru menulis...heheh

entry cempaka biru pun menarik juga untuk dibaca. dia ada bagi info-info dan juga pandangan peribadi terhadap sesuatu perkara. so bolehlah lepak lama-lama kat blog cempaka biru nih...hehehe


so thumbs up to Cempaka Biru

marilah kita sama-sama berusaha ke arah kejayaan...hehehehe

to Cik Cempaka Biru, keep in touch k




Precious Moments Giveaway


klik banner kalau nak join keh....

tarikh tutup lambat lagi...so korang ada banyak masa lagi taw!

kita tengok sapa yang bertuah nanti...hehehe

tag 2 orang:


Menanti FOLLOWER ke 101?

Assalamualaikum dan selamat pagi.

entry kali ni ringkas je. bangun pagi, tak gosok gigi. hahah...bangun pagi terkejut sebab tiba-tiba ada suara laki bagi salam. makkkk aih...terkejut lah saya, dah la muka selebet tengah tidur...kol 9 lebih camtu...maklumlah student kan memang dasar tido lambat, bangun lambat! ke saya sorang je camtu?heheh...

kesimpulannya, tadi orang dari pejabat kesihatan datang, kami tak berani buka pintu. semua pun tengah tidur. saya lagi lah, tido betul-betul depan pintu! (tidur kat ruang tamu)....yang tersedar cuma saya ngan datin jew...pari leh syokkk layannn tido plak...aihhhh takleh blah tol

dah setel segala kekecohan, bukak blog, tengok-tengok followers dah 98. jadinya saya merancang nak menanti follower saya yang ke 101.....bukan ada hadiah istimewa pun. tapi azam saya, saya nak review blog itu...

MACAM BAGUS SAYA NAK REVIEW BLOG ORANG NI KAN???

kiranya tu macam penghargaan saya pada follower saya yang ke 101 tu lah....apa makna di sebalik 101???
10 adalah untuk bulan oktober dan nombor 1 di hujung adalah tarikh kelahiran saya , 1 oktober 1988...hmmm dah tua pun.

so bagi sesiapa yang rasa kebetulan dia pengikut ke 101, print screen eh...takut saya terlepas plak...

Contest Cik Beba : Mimik Muka Minta Lempang


sila klik banner kalau nak join contest ni yek!

cik beba nampaknya nak menonton muka-muka hodoh peserta.
jangalah dia mimpi ngeri pas tengok gambar-gambar huduh kan.
kalau aku tengok takpe. sebab aku taw memang huduh pun...hahaha

.
.
.
.
.
.
...................................

jeng jeng jeng

mempersembahkan


saya rasa saya memang patut menang sebabnya saya dah berikan yang terbaik dalam proses menghodohkan muka saya ni! (tanda seru ni bukan tanda marah, tapi keyakinan! <--ha camtu)

sekarang tag 3 orang lagi bagi mereka sama-sama huduh jugak! takleh aku sorang je:




ps: cik beba, boleh ke gambar ni?

Wednesday, March 30, 2011

Godaan Si Blogger......

Assalamualaikum semua!

malam-malam gini patunya setelkan esaimen...tapi nampaknya mood tidak menyebelahi....tuntutan hati akal dan perasaan lebih menginginkan hiburan...sambil melalak lagu sorang-sorang ada idea plak nak menulis.

GODAAN SI BLOGGER?

APAKAH?

Apa maksud saya cakap camtu? Begini, saya ni selalu lah jugak blogwalking kan. suka jugak baca blog orang. tapi apa daya penarik yang membuatkan pengikut mereka ramai? saya dah klasifikasikan mereka mengikut beberapa kategori. hahaha...macam poyo

1. blogger yang cun/hensem tapi pandai menulis

  • saya tengok ramai yang cun and hensem2 nih ramai betul pengikut mereka. lebih-lebih lagi kalau gaya penulisan mereka pun ok. maksudnya di sini, gaya mereka santai. entry mereka selalunya lebih berkisar kehidupan seharian, hal peribadi mereka dan kadangkala ada juga info diselitkan. maka, berbekalkan wajah yang menarik beserta penulisan yang baik, itu menjadi bonus tambahan bagi mereka untuk menarik follower yang ramai.
2. blogger yang cun/hensem tapi gaya penulisan biasa saja

  • ha yang ni satu hal lagi. mereka ni cun dan hensem tapi gaya penulisan so-so jew (pada saya lah, mungkin bagi orang lain ianya menarik) kadang-kadang cerita yang disampaikan biasa saja, penulisan pun susunan agak tidak kemas. tapi kebiasaannya orang yang ada rupa ni, mereka mempunyai aura di mana orang teringin nak tahu 'macam mana orang cantik punya kehidupan eh?' atau 'yang kaya'. pada pendapat saya, kita mudah tergoda dengan perkara sebegini. jika idola kita ni dikutuk begitu mudah kita mempertahankan mereka, sedangkan bertentang mata pun tidak pernah.

3. fashionista

  • mereka ramai follower kenapa ya? kerana mereka ni dianggap trend setter atau fashionista. maka ramai lah yang teringin untuk menjadi seperti mereka. blog dikunjungi untuk melihat apa gaya terbaru. maka selepas itu, dapatlah kita lihat klon-klon merata-rata.

4. penulis yang baik

  • ye. penulis yang baik tidak perlu menayang wajahnya untuk menggoda orang membaca blognya. dengan gaya penulisannya yang tersendiri sudah tentu dapat menarik pengunjung setia. kadang-kadang ada blogger yang menggoda dengan menggunakan wajah untuk menarik kunjungan. ye kecantikan itu satu extra. tapi saya merasakan gaya penulisan itu lebih penting.

ANDA DALAM KATEGORI YANG MANA?

ps: gaya penulisan tidaklah baik. tidak mengharapkan populariti. jika ada yang sudi baca, itu sudah memadai.

TERIMA KASIH SUDI BACA. INI PENILAIAN SAYA SAHAJA. kalau tak setuju jangan marah...hehehe...

Contest Kalaulah Aku Jadi Jutawan..


sila klik banner kalau nak join keh!

tapi kan tarikh tutupnye esok...so cepat lah kalau nak join!

Apa 3 perkara yang ingin saya lakukan jikalau saya ni jutawan?


fuhhhh....korang tengok gambar ni boleh agak tak??? melancong ke seluruh dunia! ye itulah impian saya kalau saya ni jutawan....kalau saya ni kaya kan, tak kedekut punyerrr....1 family saya bawak! seronoknya bercuti dengan family! best taw boleh merasai sendiri pengalaman di negara orang dan menyelami budaya mereka. tak kira lah dari segi makanan, bahasa, pakaian dan macam-macam lagi lah! jauh perjalanan luas pandangan kan? dan juga bertambah ilmu di dada.


Haaa ni yang kedua....takdelah kalau jadi jutawan tu terus je saya nak pergi menunaikan haji dan umrah. tapi, saya nak mendalami dulu hal-hal agama. supaya pergi tu bukan sekadar macam melancong je. pergi tu dengan niat untuk menunaikan ibadat....jangan nak hentam keromo jew...mestilah dibawak skali family tu....sama-sama mengerjakan ibadat...


eh??? apa hal saya tampal gambar kucing banyak-banyak ni??

sebabnya impian saya yang ke-3 kalau saya ni jutawan lah kan, saya nak tubuhkan cam Pusat Perlindungan Kucing.

bukan apa, saya kesian dengan kucing-kucing yang terbiar nih, tak cukup makan. badan kurus kering je. tu belum lagi kalau ada individu-individu yang tak cukup akal pegi dera kucing-kucing ni kaw2 punye. jadinya diharapkan dengan adanya pusat perlindungan kucing nih, saya dapat lah selamatkan kucing-kucing yang terbiar....dan saya nak promosikan supaya kucing-kucing ni di adopt...

hmmm itu hanya angan-angan jikalau saya ni seorang jutawan!

saya nak tag:

Apa Perasaan Kalau Lecturer Macam Ni??

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi baca blog saya nih....walaupun takde info-info yang berguna....hahah....

pernah tak korang rasa, lecturer korang tu tak layak jadi lecturer? penah tak? saya pernah....kenapa?

SIKAP LECTURER YANG MENJENGKELKAN:

  • kalau masuk kelas, WAJIB masuk setengah atau 40 minit lambat! WAJIB okehhh...
  • then, kalau dah masuk kelas, amboiiii alasan bukan main! alasannya lambat sebab sibuk mencari nota yang ingin digunakan dalam office dia yang serabut cam tongkang pecah tu...hehe...amboi kasarnya bahasa!
  • but.....yang malangnya, bila lecturer tu tak mengajar. eh?? takkanlah dah masuk kelas tak mengajar? dah kalau sebok bercerita pasal diri sendiri, apa input yang kita dapat? kesian kat kita ni sebagai pelajar.
  • paling tak best, dah la tak mengajar, bila bagi markah esaimen tu...amboiii punyalah kedekut!
  • bila exam, kita yakin nih dapat buat. sebabnya semua nota habis dibaca...tangan sampai menggigil jawab! sebab apa??? sebab mencurah-curah idea ni nak ditulis....tapi keputusanya? aihhh tak dapat A pun.
  • so apa kriteria yang lecturer macam ni nak ye?? dia mengharapkan yang terbaik dari kita, sedangkan dia sendiri tidak menjadi yang terbaik untuk kita.
  • paling seronok kalau dia dok bercerita benda yang sama....masa tu kan, rasa apa taw....eeeeeeiii syoknyelah kelas ni!hahah

sampaikan apa taw, bila kita masuk kelas dia setiap minggu tu macam takde apa-apa ilmu yang masuk. eh saya ni anti ke ngan lecturer ni?? tidak...sudah tentu tidak...pendapat saya ni, turut dipersetujui kawan sekelas yang lain! hah..sudah terbukti saya bukan jaki dengan lecturer tu kan?

ps: bukan bermaksud saya tidak bersyukur dengan apa yang saya dapat, tapi kita mengharapkan keputusan tu, setimpal lah dengan usaha kita. ye tidak? mungkin ada yang tidak bersetuju...itu terpulang pada pendapat masing-masing kan....

terima kasih sudi baca.


CABUTAN BERTUAH SEMPENA PEMBUKAAN BLOG INI


Assalamualaikum! jawab jangan tak jawab....heheh

saya ni pantang kalau nampak contest tau pun giveaway...walaupun tak bertuahhhhh....taw sangat dahhh....
tapi saya tetap berkeras nak join! takde berlembut lagi dah. kawan-kawan kalau nak join boleh jugak...mari kita sama-sama mencuba...usaha itu tangga kejayaan tahu...

tapi cepat taw....tarikh tutupnya 31 Mac 2011...ha esoklah tu...cepat! hadiah coklat taw...yummeehhh! jom tambah lemak!

ps: jom ramai-ramai kita serbu blog ni...klik je gambar coklat tu...tak susah

DECO DECO BENG BENG BOONG


sila klik pada gambar kalau nak join segmen abg ben...heheh

bolehlah aku join segmen ni...sebabnye baru je malam tadi aku hias...deco secara besar-besaran...hahaha...mengarut...deco apa yang termampu je

Contest kM: Header Simple tapi Menarik


sila klik banner kalau korang nak join contest ni jugak ye..

berjalan-jalan, saya terjumpa contest lagi...hohoho hantu contest. tapi tak pernah menang!

mula-mula kita layan syarat-syaratnya dulu:

1-jadi follower kM
2-buat satu entry pasal contest ni..ups, jgn lupe ltk banner dan link kan terus pd blog kM
3-header x kesah bertemakan ape2 saja..SIMPLE TAPI MENARIK..
4-contest terbatal jika peserta bawah 10 orang!
5-tarikh tutup-4 APRIL 2011
6- Tag pd 5 org blogger n make sure mreka tahu mreka tlh ditag.
7-Letak URL entry pasal contest ni pd comment box di bwh..jgn letak pd shoutbox!

sekarang nak letak header aku yang baru buat semalam tu...hehehe


ye memang simple.....gambar pun poyo jew...huahuahua

kena tag 5 orang nih!







Beromen dalam Tandas? Apa perasaan?

Assalamualaikum dan Selamat pagi!

hohoho...pagi-pagi kena semangat! nak jerit-jerit sambil cakap selamat pagi pun takpe....eksesais mulut and suara tu. tapi janganlah nak terpekik-pekik plak bila wish good morning depan orang. ada plak yang dicop GILA!

Apa kebenda tajuk romen plak pagi-pagi nih? 

hmm takdelah....semalam saya berjalan-jalan, singgah menyinggah kat blog orang. then tertarik lah ngan tajuk 'Berukmen dalam tandas'...maksudnye beromen dalam tandas lah tu...alah biaselah...asal tajuk hot sikit je comfem KLIK kan! lagi-lagi kalau tajuk yang macam lucah-lucah sket! huahahahah...curious betul kalau tajuk camtu.

ha bila dah klik tajuk tu. ada la video terpampang. pasal 2 remaja beromen dalam tandas and dicekup oleh pak guard (2 lelaki dewasa). kejadian ni berlaku di Kelantan..memandangkan dari loghat dorang bercakap tu lah kan. saya pun layanlah video tu....jangan pikir buruk! video tu tak lucah pun! cuma memaparkan adegan setelah mereka ditangkap! sempat pakai baju ke tak tu ye?

Saya takkan share video kat sini. sebab apa? itu hanya mengaibkan mereka sahaja. yang saya tak puas hati adalah sikap pak GUARD yang cekup diorang tu! kenapa? diorang rakam time terjah menerjah tu sampai 6 minit! to make things worse, ada ke dia tak bagi pompuan tu pakai seluar....agak-agak la beb...kononnya video tu sebagai bahan bukti...lerrr kan dah ada saksi....dah elok-elok perangai ko baik sebab nak membanteras maksiat jadi cam ape lah plak bila ko tak bagi perempuan tu pakai seluar, nak rakam dia seboleh-bolehnya nampak kaki dia yang telanjang. mujurlah pakwe pompuan tu diri depan dia, cover dia. jadi tak nampak sangat.

tapi yang poyonya, agaknya cameraman tu pun gataiiii....seboleh-boleh nak rakam. ntah-ntah dia pun gersang kot tengok pompuan tu....tidak dinafikan remaja tu pun bersalah, tapi mereka yang dah berumur ataupun so-called orang dewasa ni, beradablah sikit. bagi lah perempuan tu pakai seluar. hentikan rakaman. tak payah cakap banyak, call aje parents mereka berdua.

tengok apa jadi sekarang? video dah tersebar! sape yang sebarkan? kalau macam tu pak cik tu pun 2x5 je lah dengan remaja tu!


ps: ye memang mereka bersalah, tapi jangan mengaibkan mereka dengan menyebarkan video tu untuk tontonan umum. ini hanya pendapat saya, mungkin ada yang betul, mungkin ada yang salah.


tepek cik matahari. sebab apa??? jom kita senyum!

senyum tu kan seindah suria. 

Teguran Berhemah?? Terjahhh!

Assalamualaikum.

ye...beberapa hari yang lepas, iaitu pada hari ahad kot...saya ada lah sound sorang kawan saya nih....tetiba kuar kat home album baru dia....so bila belek-belek, hmmmm tengok gaya pakaian dia sangat tidak bersesuaian. saya sebagai perempuan yang bertudung memang tidak setuju dengan gaya pakaiannya. sebab apa? sebab ianya memalukan. jadinya, saya mengambil keputusan lah nak menegur kat gambar dia tu. tahu apa tindakan? terus di removenya saya dan kebanyakan kawan-kawan sekelas.

saya rasa, dia tahu gaya pakaian dia tu tak sesuai bagi orang yang bertudung. anda nak harapkan orang menegur anda dengan cara yang berkhemah mana lagi? saya tidak memaki, cuma saya katakan padanya, kalau pakai macam ni better dia tidak bertudung. bukan apa, kalau dia bertudung dan menayangkan betisnya dan mengambil gambar dengan aksi yang menayangkan betis segala, dia juga yang memalukan diri sendiri. ye tidak? mungkin tiada orang lain menegur, mungkin mereka malas nak ambil tahu. tapi kenapa saya nak ambik tahu sangat ni? sebabnya, saya tak nak imej dia mencemarkan imej perempuan yang bertudung lain. saya tahu, gaya pakaian saya sendiri pun bukanlah sopan sangat. tapi saya tutup apa yang ada walaupun kadangkala baju yang dipakai fit...tapi kalau dah pakai skirt senteng hingga menampakkan suku betis, macam mana tu? pada saya, kalau dia nak berpakaian begitu, boleh saja kalau dia tidak bertudung. umpama tudung di kepala itu sekadar perhiasan saja.

okey saya akui, mungkin cara saya menegur tu kasar? kurang ajar? tapi niat saya baik, menegur dari dia terus memalukan diri sendiri. menegur dari dia terus dikata orang. tapi penerimaan orang lain-lain bukan? mana ada orang suka kalau ditegur...sudah tentu ingin ditegakkan benang yang basah.

bila ditegur boleh timbulkan isu pulak yang gaya menegur tidak sesuailah, tidak berkhemah lah. tapi bagaiman pula dengan individu yang berpakaian tidak sesuai tu? betul sangatkah tindakannya itu?

fikir-fikirkanlah....mungkin gaya pakaian kita sekarang, masih tidak menepati syariat yang sebetul-betulnya, tapi saya merasakan kalau anda nak berfesyen tu boleh. tapi biarlah berpada-pada. kalau awak nak kata awak malu sebab saya tegur, rasanya awak tak fikir kemaluan awak bila gambar itu ditonton lebih ramai lagi, dikutuk dan dicerca. sekurang-kurangnya saya menegur. tapi tindakan saya disalah faham dan terus komen diremove.


nah.....awak malu pada diri sendiri sebenarnya kan? ada individu yang mengatakan lebih baik berdiam diri dari menegur? owh mungkin itu prinsip mereka, saya tidak. mungkin saya menyebok? suka jaga tepi kain orang? takpelah...label lah apa saja...yang penting saya sudah menjalankan tanggungjawab saya.

ps: walaupun diri ini tidaklah sealim mana, tapi tahu batasannya dalam berpakaian. berkhemah pada individu yang memang tahu caranya salah? kalau dalam sedar pun dia buat macam tu, maknanya dia sengaja.

Tuesday, March 29, 2011

Saat Genting Seorang Pelajar! <---- bukan genting highland oke

Assalamualaikum dan selapat pagi....ok kejap2 jeling time kt hujung lappy...owh dah pukul 12.20. aku pun sudah makan tengah hari....perut dah kenyang, hati happy, boleh lah teruskan dengan aktiviti biasa walaupun tak mandi lagi....huahahaha

dah kalau bangun pagi kejenya mesti blogwalking...tengok lah sape yang update kan walaupun aku ni malas update. suka baca celoteh orang sebab aku sendiri kurang pandai berkata-kata and bermadah helah....ecehhhh

starting minggu lepas aku dah kurang masa nak update blog dah....masa ada sebenarnya tapi badan dah terlalu penat sebab buat assignment kan.....kalau aku pelajar yang efisyen lagi cemerlang, takkan jadi macam ni punye. comfem awal-awal dah siap......tapi oleh kerana kemalasan aku yang berada di tahap melampau ni, cam biasa lah...sok nak anta harini baru berura-ura nak buat......*sigh* haipppp! tak baik mengeluh...mak aku marah sangat kalau aku mengeluh...heheh

sekarang ni aku masih berada di sem 6...tinggal lagi 2 sem je! tak sabar nak tunggu saatnya bila aku posting nanti...hehehhe...so apa yang aku selalu buat kalau rasa cam stressssss gitu???? erkkkk.....screaming is not an option okeh....itu lunatic saja buat...heheh...

1. melalak lagu korea. aku akan bukak folder MV korea aku, pilih mana yang best then cari lirik and melalak la weh...hehehe...xsusah nak pilih sebab dalam tu pun ada 96 MV....kalau lagu plak toksah cakap lah kan...antara pilihan aku?


suke lagu ni yang choreography dye cute


suka mblaq yg gila2...terutamanya lee joon!


kara ni memang favret!

2. makan! fuhhh agak2 kepala otak dah penat, memang sah2 la aku cari benda nak ngunyah2...hihih..makan la ape yang patot kan...selalunya aku kan mengidam macam2! gilerrr...hahaha...antara makanan yang aku selalu sebut-sebut kann


mee bandung muar!

mee rebus johor!

nasi lemak dan macam-macam lagi lah!

3. bila rohani dan fizikal terasa letih...rasa cam nak mandi sungai jew! tempat favret kitorang kat sungai samak...kitorang ada secret spot....huhu...leh arrr berlatih berenang kan!


fuhhh manyak syiooookkk ma!

tengah aku google gambo berenang nih,,,,ternampak gambar ni la plak


fuhhh seramm beb..betul ke tidak?

3. option ke-3 plak memang sangat annoying...aku kan kacaw orang..hahah terasa kepuasannya bila dapat wat orang annoyed ngan kita kan...hahaahah!