Welcome! :)

Assalamualaikum.

Selamat datang saya ucapkan kepada yang sudi singgah di blog ini. Anda akan nikmati pelbagai promosi hebat setiap bulan. Antara produk yang ditawarkan adalah produk kesihatan Catalyst, baju kurung moden, Naturactor original dari Jepun, dan pelbagai design bag yang menarik. Untuk maklumat lanjut boleh pm saya di FB dan singgah CSA Butik for Men & Women.

Nikmati promosi hebat bulan ini!

  • Free postage untuk pembelian combo produk Catalyst. Nikmati lebih penjimatan! Harga yang ditawarkan memang berbaloi-baloi!
  • Nikmati potongan 10% bagi setiap pembelian baju kurung moden. Free postage apabila anda share page CSA Butik for Men & Women.

Wednesday, March 30, 2011

Godaan Si Blogger......

Assalamualaikum semua!

malam-malam gini patunya setelkan esaimen...tapi nampaknya mood tidak menyebelahi....tuntutan hati akal dan perasaan lebih menginginkan hiburan...sambil melalak lagu sorang-sorang ada idea plak nak menulis.

GODAAN SI BLOGGER?

APAKAH?

Apa maksud saya cakap camtu? Begini, saya ni selalu lah jugak blogwalking kan. suka jugak baca blog orang. tapi apa daya penarik yang membuatkan pengikut mereka ramai? saya dah klasifikasikan mereka mengikut beberapa kategori. hahaha...macam poyo

1. blogger yang cun/hensem tapi pandai menulis

  • saya tengok ramai yang cun and hensem2 nih ramai betul pengikut mereka. lebih-lebih lagi kalau gaya penulisan mereka pun ok. maksudnya di sini, gaya mereka santai. entry mereka selalunya lebih berkisar kehidupan seharian, hal peribadi mereka dan kadangkala ada juga info diselitkan. maka, berbekalkan wajah yang menarik beserta penulisan yang baik, itu menjadi bonus tambahan bagi mereka untuk menarik follower yang ramai.
2. blogger yang cun/hensem tapi gaya penulisan biasa saja

  • ha yang ni satu hal lagi. mereka ni cun dan hensem tapi gaya penulisan so-so jew (pada saya lah, mungkin bagi orang lain ianya menarik) kadang-kadang cerita yang disampaikan biasa saja, penulisan pun susunan agak tidak kemas. tapi kebiasaannya orang yang ada rupa ni, mereka mempunyai aura di mana orang teringin nak tahu 'macam mana orang cantik punya kehidupan eh?' atau 'yang kaya'. pada pendapat saya, kita mudah tergoda dengan perkara sebegini. jika idola kita ni dikutuk begitu mudah kita mempertahankan mereka, sedangkan bertentang mata pun tidak pernah.

3. fashionista

  • mereka ramai follower kenapa ya? kerana mereka ni dianggap trend setter atau fashionista. maka ramai lah yang teringin untuk menjadi seperti mereka. blog dikunjungi untuk melihat apa gaya terbaru. maka selepas itu, dapatlah kita lihat klon-klon merata-rata.

4. penulis yang baik

  • ye. penulis yang baik tidak perlu menayang wajahnya untuk menggoda orang membaca blognya. dengan gaya penulisannya yang tersendiri sudah tentu dapat menarik pengunjung setia. kadang-kadang ada blogger yang menggoda dengan menggunakan wajah untuk menarik kunjungan. ye kecantikan itu satu extra. tapi saya merasakan gaya penulisan itu lebih penting.

ANDA DALAM KATEGORI YANG MANA?

ps: gaya penulisan tidaklah baik. tidak mengharapkan populariti. jika ada yang sudi baca, itu sudah memadai.

TERIMA KASIH SUDI BACA. INI PENILAIAN SAYA SAHAJA. kalau tak setuju jangan marah...hehehe...

1 comment:

Unknown said...

aku tak termasok dalam kategori lagi ni..kena usaha lagi ni