Halu halu.....
malam ni aku sangat bosan....ke hulu hilir satu rumah...bosan2 dah 3-4 kali jugak lah aku sikat rambut. diri depan cermin yang besar gedabak <------ hiperbola di sini ye. uisyyy takdelah besar gedabak tapi saiz memanjang ke bawah nampak satu badan tu...hahah...ala2 cam kat fitting room gitu. sikat-sikat rambut dok beleklah perutku yang buncit, lengan yang besar, and.... ye punggung yang tidak mengancam lagi. owh tidak! tersungkur aku akibat terkejut....(di alam khayalan)...
mengikut sejarah, suatu ketika dulu prestasi aku tidaklah seteruk ini. sejak duk rumah sewa yang ternak lemak secara besar-besaran nih. kalau dulu time duk kolej ada la jugak naik turun tangga....so boleh la jugak wat buttock aku firmed. but now??? ehmmm hancus.
so untuk menceriakan aku kembali, aku berusaha dengan gigih ni mencari cara-cara senaman yang sesuai untuk memantapkan punggung anda. errr kalau anda dah mantap that mean untuk aku je lah kan.
BAIKLAH!
Sesi Senaman Bersama Cik Sara Aspalela
: percuma tak payah bayar. bayar line tenet sendiri2 jew.
tumpukan perhatian bagi sesiapa yang berminat.
Kaedah Bertinggung/Mencangkung
okeh kaedah ini adalah dengan cara mencangkung atau bertinggung. yalah ayat cam sama dengan tajuk jew. aku rase there is no need to explain right? tengok gambar rasanya dah faham.
kalau takde 'loceng tak bapa nak cerdik' = dumbbell nih korang boleh guna botol air besar tu. tapi bukan kosong semata lah, isi air ok!
cara ni plak dilakukan dengan bersandar kat dinding dengan posisi yang macam ni, then badan turun and naik.
The Lunge
ok yang ni kalau nak terjemah lunge=terkaman. owh aku tak taw la dalam bahasa melayu nak panggil apa. ala kira cam kaedah ni macam nak terkam orang kot. takpun maksud dia cam ke depan kot. ah papelah...layannnn
ok jarak kaki depan dan belakang tu adalah kira-kira 3 kaki. pandai lah korang nak agak tu.
then kaki tu tegak 90 darjah. buat gerakan ni 1. kaki tegak 2. melutut seperti di ats 3. kembali ke posisi asal.
semua sekali 3 set. buat dalam 10 - 16 kali.
ok yang ni plak kita diri tegak. dalam keadaan yang selesa dengan kedua belah tangan pegang dumbbell/botol air.
kemudian tundukkan badan sehingga mana yang termampu la cam dalam gambar kat atas tu.
kalau nak bengkokkan lutut sedikit pun boleh. jangan nak nyeksa diri. kita buat mana yang termampu.
=======================================
ok tu lah antara senaman yang boleh kita lakukan untuk firmed kan balik punggung korang tu. seminggu buatlah 2-3 kali. tapi diingatkan ye senaman ni bukan lah untuk menguruskan badan. cumanya nak firmed and toned kan otot kita. biar kelihatan lebih menarik.
sekian sahaja. kita jumpa di lain waktu hemmm takpun hari lain.
selamat malam dan Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment