Welcome! :)

Assalamualaikum.

Selamat datang saya ucapkan kepada yang sudi singgah di blog ini. Anda akan nikmati pelbagai promosi hebat setiap bulan. Antara produk yang ditawarkan adalah produk kesihatan Catalyst, baju kurung moden, Naturactor original dari Jepun, dan pelbagai design bag yang menarik. Untuk maklumat lanjut boleh pm saya di FB dan singgah CSA Butik for Men & Women.

Nikmati promosi hebat bulan ini!

  • Free postage untuk pembelian combo produk Catalyst. Nikmati lebih penjimatan! Harga yang ditawarkan memang berbaloi-baloi!
  • Nikmati potongan 10% bagi setiap pembelian baju kurung moden. Free postage apabila anda share page CSA Butik for Men & Women.

Wednesday, March 30, 2011

Apa Perasaan Kalau Lecturer Macam Ni??

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi baca blog saya nih....walaupun takde info-info yang berguna....hahah....

pernah tak korang rasa, lecturer korang tu tak layak jadi lecturer? penah tak? saya pernah....kenapa?

SIKAP LECTURER YANG MENJENGKELKAN:

  • kalau masuk kelas, WAJIB masuk setengah atau 40 minit lambat! WAJIB okehhh...
  • then, kalau dah masuk kelas, amboiiii alasan bukan main! alasannya lambat sebab sibuk mencari nota yang ingin digunakan dalam office dia yang serabut cam tongkang pecah tu...hehe...amboi kasarnya bahasa!
  • but.....yang malangnya, bila lecturer tu tak mengajar. eh?? takkanlah dah masuk kelas tak mengajar? dah kalau sebok bercerita pasal diri sendiri, apa input yang kita dapat? kesian kat kita ni sebagai pelajar.
  • paling tak best, dah la tak mengajar, bila bagi markah esaimen tu...amboiii punyalah kedekut!
  • bila exam, kita yakin nih dapat buat. sebabnya semua nota habis dibaca...tangan sampai menggigil jawab! sebab apa??? sebab mencurah-curah idea ni nak ditulis....tapi keputusanya? aihhh tak dapat A pun.
  • so apa kriteria yang lecturer macam ni nak ye?? dia mengharapkan yang terbaik dari kita, sedangkan dia sendiri tidak menjadi yang terbaik untuk kita.
  • paling seronok kalau dia dok bercerita benda yang sama....masa tu kan, rasa apa taw....eeeeeeiii syoknyelah kelas ni!hahah

sampaikan apa taw, bila kita masuk kelas dia setiap minggu tu macam takde apa-apa ilmu yang masuk. eh saya ni anti ke ngan lecturer ni?? tidak...sudah tentu tidak...pendapat saya ni, turut dipersetujui kawan sekelas yang lain! hah..sudah terbukti saya bukan jaki dengan lecturer tu kan?

ps: bukan bermaksud saya tidak bersyukur dengan apa yang saya dapat, tapi kita mengharapkan keputusan tu, setimpal lah dengan usaha kita. ye tidak? mungkin ada yang tidak bersetuju...itu terpulang pada pendapat masing-masing kan....

terima kasih sudi baca.


No comments: