ya2 i know....movie ni dah lame...tahun 2007 kot....ye probably sume umat manusia di muka bumi ni dah tengok.....probably la kan....tapi aku tetap dengan kedegilan aku <----- muka toya degil nak review jugak!
okey berbalik pada tajuk asal....KOIZORA.
kali ni sebab aku sangat-sangat puas hati dengan prestasi movie ni, makanya aku nak type ngan font besar sikit. but first, let me tayang poster movie ni dulu
okey biar aku cite asal usulnye Koizora: Setsunai Koi Monogatari. tajuk dia adalah 'Love Sky: A Sad Love Story'. yes, it is a love story...not just by the title only...in fact it is really4 sedih taw....filem ni berjaya buat aku nangis 30 minit yang pertama! <----- eh ke aku yang touching sangat??? nangis teresak2 macam pakwe aku yang mati aje....sampai nak amik towel segala! habis buat hembus hingus...oooppppssss...bocor rahsia!
sebenarnya Koizora ni adalah novel yang ditulis oleh Mika. ehmmm dah try cari gambar penulis tapi tak jumpa. Pada asalnya novel ni diterbitkan untuk bacaan di handphone saja....ala application kat phone lah kiranya. Then pada 2006, ianya diterbitkan dalam dua volume.
Koizora ni tersangatlah popular dan menjadi satu fenomena di Jepun sehinggakan filem diterbitkan, disusuli drama dan kemudiannnya diadaptasi ke manga (harap maklum manga=komik. bukan mangga=buah)
Sinopsis:
Mika Tahara ni baru je mula high school and teringinlah nak bercinta. biasalah budak2 sekolah kan, kita dulu pun camtu. but then satu hari tu, dia tercicir phone kat library. jumpa2 je sume msg dlm inbox, contact list sume takdak. laki yang jumpa tu dia delete sume dengan alasan kalau kawan2 pompuan tu nak borak ngan dia mesti akan call dia kan. kiranya cam maksudnya di sini, contact list tu tak bermakna kalau kita tak berhubung pun sebenarnya. since then, that guy starts calling her frequently. Mika ni irritated jugak mula2, but then bertukar jadi minat. siapa lelaki yang selalu telefon dia ni? marah2 pun boleh gelak. hubungan mereka develop dengan cara macam tu lah. berborak setiap hari, laki tu taw camane nak amik hati Mika nih. satu hari dorang dah janji nak jumpa. but then Mika cam terkejut sebab rupanya laki tu adalah laki yang dia paling tak berkenan! kenapa? sebab muka and rambut cam samseng. tapi sebenarnya laki tu baik. Mika lari pun dia still ok. watak lelaki adalah Hiro. tersangatlah baik laki nih. sangat2 sayangkan Mika. Mika kena rogol pun dia boleh salahkan diri sendiri sebab tak dapat nak protect Mika. Kemudian, Mika mengandung anak Hiro ni lah, unlike cerita lain di mana lelaki selalunya kan tinggalkan perempuan bile mereka mengandung, Hiro sangat2 happy and willing nak jaga Mika. Dia takdelah nak reject cakap anak tu mesti anak perogol ka. dia terima tanggungjawab dia. Gerenti korang nangis kalau tengok sikap Hiro ni. gentleman and sangat sayangkan Mika sepenuh hati. (kalau korang tak nangis, sama ada korang nih hati batu atau HANTU!hahah)
tapi...tapi...Mika keguguran.....selepas tu semua berubah. Hiro pun berubah. kenapa? tiba-tiba je dia mintak putus....owh saya sangat sedih time nih...hingus dah berbaldi! tak nak gitaw the rest, better tengok sendiri!
-------------------------------------------------------
ni pelakon bagi watak Mika and Hiro
Yui Aragaki as Mika
Haruma Miura as Hiro
hehee...yang bestnye hero and heroin sepadan. cantik dan hensem. but sume tu tak penting! ececeh....yang penting lakonan mereka menjadi. dapat membuatkan penonton menangis sama dan menghayati kisah mereka nih. dalam cerita ni semua laki baik...eh bukan semualah...maksud saya, yang berkasih sayang ngan Mika ni, both baik...owh terharunya saya, bila Hiro betul2 protect Mika bila dia kena buli...owh sangat2 terharu...tersentuh jiwa raga.....
tapi biaselah yang tak eloknya cerita ni memaparkan student wat sex. erkkk...adalah pro and kontranya cerita nih....
p/s: aku cadang kalau korang belum tengok, sila tengok! (nada paksaan yang amat melampau...korang takkan menyesal...tp bagi sesiapa yang tak suke cerita cenggini memang akan menyesal!)
No comments:
Post a Comment